My Followers

Rabu, 16 Julai 2014

"SAYA MAHU JADI TELEFON PINTAR"


Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. 

Lalu ditanya oleh suaminya
'Kenapa menangis ni?'
'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.


Jadikan Saya Sebuah telefon pintar





"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu
sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah
telefon pintar.



Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar...
Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah
& ibu.. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam
hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga
sentiasa melihay saya.



Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya
ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon
pintar.



Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang
dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula
bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan
mengabaikan seperti sekarang. 



Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa
untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup
mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan
waktu bersama-sama saya.



Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua
individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan
saya menghiburkan mereka. 



Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti
telefon pintar pada setiap masa."



Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'



Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'

Jika diperhatikan skrg ni.. suami & isteri masing2 dok sibuk belek n focus hp masing2..layan email..facebook.. whatsapp..wechat.. kdg2 anak2 dok tgk je dri jauh sambil main mainannya..
Sama2 la kita berikn prhatian pd insan2 dsekeliling yg perlukn perhatian n kasih syg kita.. 

InsyaALLAH"

Isnin, 17 Mac 2014

B.E.G

Hari ini, saya rasa something sikit. Tentang kerja Azkiya'. So far, alhamdulillah, dah 6 bulan lebih berkhidmat dengan ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. 

B.E.G Salah satu hadiah untuk jemaah yang daftar dengan Andalusia untuk pakej umrah. Setiap pendaftaran, akan terus diberi beg. Boleh kata setiap hari Azkiya' akan angkat beg untuk tolong jemaah bawak ke kereta. 
Beg Jemaah Umrah


18.03.2014 (Selasa)
Jemaah datang untuk ambil beg. Macam biasa, Azkiya' tolong bawak ke kereta jemaah. Kebetulan pakcik owner Melaka Kitchen kat sebelah ni tegur 

Pakcik : "Ai, awak ni hari-hari bawak kan beg orang..."
Saya    : " Tu lah, pakcik doakan saya dapat bawak beg saya sendiri"
Pakcik : "Takpe, pahala awak bawak beg orang tu nanti sampai ke SANA"

Terkesima... Diam, terfikir... 
Betul kata pakcik tu, ALLAH bagi Azkiya' peluang kerja sini dengan macam-macam rezki, nikmat, pengalaman yang entah bila sebenarnya boleh dapat..

Ni la pakcik Melaka Kitchen

Promo Restoran Melaka Kitchen jap

U ollz yang suka makan asam pedas Melaka ni, datang la sini yer, pastu singgah office kami. Bye Bye