My Followers

Rabu, 16 Julai 2014

"SAYA MAHU JADI TELEFON PINTAR"


Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. 

Lalu ditanya oleh suaminya
'Kenapa menangis ni?'
'Lihatlah karangan budak ni..'

Suaminya pun membaca dengan penuh khusyuk.


Jadikan Saya Sebuah telefon pintar





"Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu
sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah
telefon pintar.



Saya ingin mengambil kedudukan telefon pintar...
Menikmati kehidupan sebagaimana telefon pintar ayah
& ibu.. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam
hati keluarga sehingga mampu menjadikan keluarga
sentiasa melihay saya.



Saya akan diberi perhatian serius ketika dilihat. Saya
ingin menerima penjagaan yang sama seperti telefon
pintar.



Ayah akan memegang saya setiap kali ayah pulang
dari tempat kerja walaupun keletihan. Ibu pula
bersama-sama saya saat sedih dan kecewa, bukan
mengabaikan seperti sekarang. 



Seterusnya, saya mahu abang dan kakak berusaha memperuntukkan masa
untuk bersama-sama dengan saya.
Saya mahu merasakan bahawa keluarga sanggup
mengetepikan kepentingan lain untuk meluangkan
waktu bersama-sama saya.



Akhirnya, jadikan saya mampu membuat semua
individu yang saya sayangi itu merasa gembira dan
saya menghiburkan mereka. 



Tuhan, saya tidak meminta lebih dari itu. Saya hanya mahu hidup seperti
telefon pintar pada setiap masa."



Selesai suaminya membaca esei tersebut, suaminya berkata
'Kasihannya, anak ini miskin kasih sayang. Ibu bapanya terlalu teruk!'



Mendengar itu, tangisan si isteri semakin kuat.
'Abang, itu karangan anak kita!'

Jika diperhatikan skrg ni.. suami & isteri masing2 dok sibuk belek n focus hp masing2..layan email..facebook.. whatsapp..wechat.. kdg2 anak2 dok tgk je dri jauh sambil main mainannya..
Sama2 la kita berikn prhatian pd insan2 dsekeliling yg perlukn perhatian n kasih syg kita.. 

InsyaALLAH"

1 ulasan:

  1. Bukan anak -anak je yang akan merasa begini, kadang kita yang dewasa akan merasa bnd yang sama. Hargai masa yang ada, manfaatkan sebaik nya, Jangan biarkan org yang menyayangi kita, sunyi dan hilang rasa menghargai... PERLU ADA GIVE & TAKE

    BalasPadam